Platform SharingEconomy.my ini dibangunkan bertujuan untuk memperkenalkan dan meningkatkan pengetahuan semua pihak berkenaan inisiatif-inisiatif berasaskan Ekonomi Perkongsian (Sharing Economy), Ekonomi Gig (Gig Economy) dan Pekerjaan Masa Hadapan (Future of Work) yang ada di Malaysia.
Pelbagai pihak boleh mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif ini termasuklah isi rumah, peniaga-peniaga micro, kecil dan sederhana, syarikat-syarikat korporat malahan sektor awam yang terdiri daripada pelbagai agensi dan Kementerian.
Bagi para peniaga, usahawan dan syarikat, mereka boleh mula meneroka pelbagai jenis perkhidmatan berasaskan Ekonomi Perkongsian / Ekonomi Gig yang ditawarkan oleh lebih dari 100 platform digital tempatan dan antarabangsa yang ada di Malaysia. Daripada perkhidmatan professional seperti penterjemahan, rekaan grafik, pengaturcaraan (programming), pengangkutan seperti ehailing, sehinggalah kepada perkhidmatan penghantaran dan kurier.
Bagi isi rumah pula, mereka boleh mula mengenalpasti peluang-peluang untuk menjana pendapatan tambahan samada bekerja sebagai pekerja bebas (freelancer) atau pekerja gig / separa masa dengan melaksanakan pelbagai tugasan/kerja.
Pelbagai manfaat boleh diperolehi dan dirasai melalui pelbagai model ekonomi digital masa hadapan ini dan SharingEconomy.my ini adalah tempat terbaik untuk anda bermula!