Pernyataan Perlindungan Data Peribadi Portal SHARINGECONOMY.MY
- Pengenalan
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (“MDEC”) memiliki data yang didaftarkan menerusi http://sharingeconomy.my. MDEC komited kepada perlindungan data peribadi anda serta pematuhan segala undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai di Malaysia. Kenyataan-kenyataan berikut menjelaskan terma-terma yang digunapakai oleh MDEC mengenai pemprosesan data peribadi anda setelah diterima oleh MDEC dari anda melalui Portal SHARINGECONOMY.MY.
- Persetujuan Anda
Dengan memberikan data peribadi anda kepada MDEC, anda telah membaca dan menerima pernyataan-pernyataan ini serta telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh MDEC mengikut cara yang dinyatakan di dalam pernyataan ini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada MDEC, anda memberikan jaminan dan representasi kepada MDEC bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk pemprosesan data peribadi yang berkaitan oleh MDEC mengikut cara yang dinyatakan di dalam pernyataan ini. - Pernyataan Prinsip Notis dan Pilihan
3.1 Data peribadi yang telah dikumpul oleh MDEC mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor MyKad/passport, alamat, nombor telefon, alamat emel, kelayakan, maklumat syarikat, nama syarikat, alamat syarikat dan lain-lain data bagi untuk tujuan dan kegunaan berkenaan Portal SHARINGECONOMY.MY.
3.2 Data peribadi yang diberikan oleh anda kepada MDEC boleh diproses oleh MDEC untuk tujuan-tujuan berikut:-
(a) Untuk mengesahkan identiti anda bagi proses permohonan pendaftaran anda di Portal SHARINGECONOMY.MY;
(b) untuk penilaian permohonan/permintaan anda bagi perkhidmatan kami di Portal SHARINGECONOMY.MY;
(c) untuk membalas permintaan/pertanyaan-pertanyaan anda;
(d) untuk kemaskini rekod anda;
(e) untuk memberikan informasi berkenaan Portal SHARINGECONOMY.MY seperti berita, aktiviti, produk, perkhidmatan, acara-acara dan/atau program-program;
(f) untuk berhubung dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
(g) untuk menerima maklumbalas atau komen untuk penambahbaikan pada masa akan datang; dan/atau
(h) untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang terpakai kepada MDEC, dan untuk membuat penzahiran di bawah keperluan sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada MDEC.
3.3 Data peribadi yang diberikan oleh anda kepada MDEC akan, jika diperlukan dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga seperti yang berikut:
(a) agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak terpilih yang bekerja bersama MDEC berhubung Portal SHARINGECONOMY.MY;
(b) subkontraktor atau pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan atau produk sebagaimana yang mungkin akan ditentukan oleh MDEC sebagai perlu;
(c) ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, syarikat insurans, peguam-peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional untuk MDEC di atas dasar perlu tahu ;
(d) badan-badan pengawalseliaan, badan-badan kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa jika dikehendaki atau diberikan kuasa untuk berbuat sedemikian bagi melaksanakan fungsi pengawalseliaan di bawah apa-apa undang-undang atau berhubung apa-apa perintah atau penghakiman sesuatu mahkamah; dan/atau
(e) mana-mana orang yang kepadanya MDEC dikehendaki berbuat sedemikian di bawah undang-undang.
3.4 Data peribadi yang diproses oleh MDEC dikumpul daripada penyerahan melalui Portal SHARINGECONOMY.MY.
3.5 Sila ambil perhatian bahawa data peribadi anda diperlukan oleh MDEC untuk memenuhi tujuan-tujuan yang tersebut di atas. Kegagalan untuk memberikan data peribadi yang tersebut akan atau boleh menyebabkan MDEC tidak boleh mentadbir/ dan/atau memudahcara pendaftaran/penyertaan anda di Portal SHARINGECONOMY.MY dan/atau menyediakan perkhidmatan kami.
3.6 Anda berhak untuk meminta akses dan untuk membuat pembetulan kepada data peribadi anda. Anda juga boleh memilih untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Jika anda ingin membuat mana-mana permintaan tersebut, sila kemukakan permintaan anda secara bertulis kepada MDEC di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7 di bawah. Kami mungkin akan mengenakan bayaran pentadbiran untuk permintaan tersebut.
3.7 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi tersebut, sila hubungi MDEC secara bertulis di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7 di bawah.
- Keselamatan Data Peribadi Anda
MDEC telah melaksanakan dasar-dasar keselamatan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi data peribadi anda menurut keperluan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai. Sekiranya pemprosesan data peribadi tersebut dilakukan oleh pihak ketiga bagi pihak MDEC, MDEC akan mengkehendaki pihak ketiga tersebut untuk melindungi data peribadi yang mereka terima daripada MDEC. - Perubahan kepada Pernyataan Ini
Pernyataan ini mungkin akan disemak dan dikemaskinikan dari masa ke masa. MDEC mengesyorkan agar anda melawat laman web ini untuk membaca versi terkini pernyataan ini setiap kali anda memberikan data peribadi anda kepada MDEC. - Percanggahan dengan Versi Bahasa Melayu
Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Melayu bagi pernyataan ini, versi bahasa Inggeris hendaklah mengatasi versi bahasa Melayu. - Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang pernyataan ini, anda boleh menghubungi MDEC di: –
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd
2360 Persiaran APEC
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
U/P: Ketua, Pusat Hubungan Pelanggan (CliC)
Email:
No Telefon.: 1-800-88-8338 (dalam Malaysia) ATAU
+6 03 8315 3000 (luar Malaysia)
No Faksimili: +6 03 8315 3115