
- This event has passed.
Gig & Freelancer Expo (GFx)
September 2, 2020 @ 10:00 am - September 3, 2020 @ 10:00 pm

Gig & Freelancer Expo (GFx) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyediakan peluang kepada individu & komuniti termasuk perusahaan kecil (mikro PKS) untuk mendapatkan pemahaman & penerangan dengan lebih baik mengenai model Gig, Freelance & Ekonomi Perkongsian. Model ini menawarkan pelbagai peluang menjana pendapatan kepada individu melalui platform digital gig dan freelancer, serta peluang kepada perusahaan kecil (mikro PKS) untuk memanfaatkan platform-platform ini untuk tujuan perniagaan.
Dengan tema “Peranan Gig & Freelancer Dalam Pembangunan Ekonomi Pacsa COVID-19”, GFx bersiaran langsung di Facebook eRezeki pada 2 & 3 September 2020.
Gig & Freelancer Expo (GFx)
Tarikh: 2 & 3 September 2020 (Rabu & Khamis)
Masa: 10.00 Pagi – 10.00 Malam
Lokasi: Facebook Live eRezeki
Seramai 14 Platform Rakan Strategik di bawah program eRezeki – Insiatif Ekonomi Perkongsian MDEC menyertai sesi GFx kali ini; Inbosz, Matdespatch, SushiVid, Hyred, Cloudbreakr, Seekers, AccessTrade, MrSpeedy, Kumoten, Gigagigs, Tourplus, Rtist, Lalamove & GoCoach