Pihak kami amat memahami cabaran yang dihadapi oleh para peniaga dan pengusaha mikro, kecil dan sederhana, terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan bagi menangani wabak COVID-19.

Bagi membantu para peniaga, platform ini telah dibangunkan secara bersama oleh MDEC dan rakan-rakan platform Sharing Economy di Malaysia untuk membantu menghubungkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan berasaskan digital antaranya :

  • Penghantar Makanan (Food Delivery)
  • Perkhidmatan Penghantaran (Delivery Services)
  • Pembeli Barangan Dapur, Makanan & Kesihatan (Personal Shopper)
  • Pemasaran Digital (Digital Marketing)

Sila daftarkan butiran perniagaan anda di bawah dan kami akan memadankan perniagaan anda dengan platform yang bersesuaian mengikut kehendak dan keperluan perniagaan anda.

Borang Pendaftaran